Pagi-pagi lagi dah kena bangun sebab bas akan bergerak ke Setiu Resort pukul 6.30 pagi... Awalnya...!!! Lepas bersiap-siap... dalam pukul 6.45 pagi, bas pun bergerak ke Setiu Resort... Nak dekat sejam lah jugak perjalanan nie. Dalam hati nie dah rasa seronok sangat...
Sampai kat sana kena berjalan masuk ke bahagian dalam resort. Rombongan ICU negeri lain banyak yang dah sampai.. Jauh jugak la nak menapak masuk dalam tu...
Cam biasa lah. Da sampai harus lah kena mendaftar dulu.. Lebih kurang 1250 warga ICU yang join karnival ni. Selepas daftar kitorang diberi kupon untuk breakfast dan kupon untuk cabutan nombor bertuah. Aku dapat nombor 502. Pastu masing-masing pergi ke khemah yang dah ditetapkan mengikut zon. Dah sampai khemah mesti la kena brekfast dulu..Masa tengah brekfast, Datuk KP pun sampai. Sambil makan sambil dengar ucapan perasmian dari beliau.
Lepas acara perasmian tu... bermula lah acara-acara lain. Mula-mula mesti lah senamrobik dulu... Adoi la... Da lama tak bersenam, ni la jadinya.. Cepat penat. Lepas senam robik, acara kanak-kanak pun bermula... Macam-macam acara kanak-kanak ni. Pastu baru lah acara untuk remaja dan dewasa. Adikku Ayumie masuk acara Air Helikopter dan dapat No. 2. Tahniah.. Tersengih-sengih jer aku tengok muka dier bila datang kat aku bawak hadiah... Aku masuk acara terakhir, Mummy Dressing... Alhamdulillah... Dapat No. 3. Hehehe.... Suka sangat-sangat.... :)